ASSALAMMUALAIKUM
Background PDK/PDL
Dengan lafaz Bismillah sebagai pembuka kata di pagi hari. Bersyukur kerana masih diberi peluang utk bernafas dibumi Mu Ya Allah. Sebagai pengenalan, kami sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komunti (PDK) Permatang Damar Laut Negeri Penang.
Beralamat di 7307 Permatang Damar Laut, 11960 Bayan Lepas, Penang.
Pusat ini diterajui oleh seorang pengerusi iaitu Puan Fatimah Kader Bacha dengan seramai 50 orang pelatih OKU dan 7 orang cikgu (petugas). Pusat kami beroperasi pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. PDK Permatang Damar Laut ini beroperasi pada 1 sesi.Waktu operasi pusat ini adalah dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. OKU di PDK ini terdiri daripada pelbagai kaum.
OKU di pusat ini terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan seperti Sindrom Down, Autisme,
Hyperaktif/Atttention Defisits Disorder, Cerebral Palsy, Terencat Akal,
Perkembangan Lewat dan Kecacatan Anggota.
PDK ini ditadbir oleh seorang Pengerusi dan 15 orang Ahli
Jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai kaum dan penduduk masyarakat setempat.PDK
ini juga adalah dibawah pemantauan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau
Pinang yang bertindak sebagai Penasihat.
PDK Permatang Damar Laut
telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang sebagai “One Stop Centre” untuk negeri Pulau
Pinang .Ini kerana PDK ini cemerlang dalam pelbagai aspek seperti ko-kurikulum,
pusat rehabilitasi, aktiviti melibatkan komuniti setempat dan penglibatan
dengan badan-badan NGO. PDK ini terkenal di Pulau Pinang atas usaha, ketekunan
dan kerjasama dari Ahli Jawatankuasa. Dijadikan pusat rujukan oleh badan-badan NGO
dan pertubuhan serta sering di lawati oleh berbagai pertubuhan dalam negeri, seluruh Malaysia dan
luar negeri.
Sepanjang penubuhan lebih kurang 9 tahun, PDK ini telah menerima
pelbagai anugerah peringkat negeri dan kebangsaan seperti berikut :
i) Peringkat Negeri PDK Cemerlang 2004/2005
ii) Peringkat Negeri ke Kebangsaan PDK Cemerlang 2005
iii) Peringkat Negeri ke Kebangsaan PDK
Cermerlang 2007
iv) Pengerusi dianugerahkan “Keluarga Pemulihan Dalam Komuniti
Cemerlang Peringkat Negeri Pulau Pinang 2003”
v) Pengerusi dianugerahkan dianugerahkan “Keluarga Pemulihan
Dalam Komuniti
Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2003